Soalan Lazim Lampu LED
Soalan lazim tentang lampu LED
Produk, harga, waranti, dan cara pilih lampu LED yang betul untuk rumah atau projek anda.
Tentang Osdin Lighting
Di mana kedai Osdin Lighting?
Kami di 2429, Jalan E 3/6a, Taman Ehsan, 52100 Kepong, Kuala Lumpur. Kawasan Taman Ehsan, senang masuk dari Jalan Kepong. Google Maps dan Waze dua-dua boleh bawa terus ke showroom kami.
Waktu operasi kedai bila?
Isnin hingga Rabu dan Jumaat hingga Sabtu: 11:00 pagi hingga 8:00 malam. Khamis tutup. Ahad: 11:00 pagi hingga 7:00 malam. Boleh juga WhatsApp kami bila-bila masa di 011-37808218.
Waranti anda macam mana?
Semua lampu LED kami datang dengan waranti tukar satu ke satu. Kalau rosak, bawa balik ke kedai dan kami tukar baru terus, tak payah selongkar cari resit. Kipas siling pula ada servis di rumah. Yang tidak dilindungi: kerosakan akibat air atau banjir, salah pemasangan, kerosakan fizikal, dan lampu jalur yang telah dipotong atau diubah suai.
Barang ready stock atau kena tempah dulu?
Semua kategori utama ada stok sedia ada: downlight, tiub T8 dan T5, lampu flood, lampu jalur, panel surface mount, track light, mentol LED dan kipas siling. Untuk projek pukal (100 unit ke atas), lebih baik telefon dahulu di 011-37808218 untuk sahkan stok dan tempah.
Ada penghantaran?
Ada. Sekitar Kepong dan Jinjang, penghantaran percuma untuk pesanan melebihi RM50. Pesan sebelum pukul 6 petang, sampai hari itu juga, sama ada melalui Lalamove, Grab atau kami hantar sendiri. Barang besar seperti kipas siling mungkin ada caj tambahan sedikit, dan kami akan sahkan dengan anda sebelum hantar. Kawasan lebih jauh, kami boleh sebut harga penghantaran. Atau ambil sendiri di kedai Taman Ehsan, percuma.
Produk LED dan teknikal
Lampu LED apa yang ada di kedai?
Kami ada downlight LED (bulat dan segi empat, 4 hingga 8 inci), tiub LED T8 dan T5 (2 kaki dan 4 kaki), lampu flood LED (50W hingga 200W, IP65 dan IP67), lampu jalur LED (12V dan 24V, COB dan standard), lampu panel surface mount, track light dan eyeball, mentol LED (E27, E14, GU10, MR16), lampu batten kalis lembap, lampu high bay, dan kipas siling DC. Kebanyakannya stok sedia ada, boleh ambil terus hari itu juga.
Produk anda ada SIRIM?
Kami membekalkan lampu bersijil SIRIM di Kepong sejak 2010, dan pilihan bersijil SIRIM ada merentasi rangkaian produk kami. Sesetengah barang baru atau bajet mungkin belum ada SIRIM lagi. Kami akan beritahu terus terang yang mana ada dan yang mana tiada, dan cadangkan pilihan yang sesuai dengan keperluan serta bajet anda. Tanya sahaja.
Apa itu CRI dan kenapa ia penting?
CRI (Colour Rendering Index) mengukur setepat mana sesuatu lampu menunjukkan warna asal sesuatu objek, berbanding cahaya matahari. CRI 80 ke atas memadai untuk kegunaan biasa. Untuk pameran kedai, galeri dan fotografi, kami cadangkan CRI 90 ke atas. Kebanyakan produk LED kami CRI 80 ke atas, dan model premium mencapai CRI 90.
Apa beza tiub LED T8 dan T5?
Tiub T8 bergaris pusat 1 inci (26mm) dan merupakan saiz standard untuk menggantikan lampu kalimantang di pejabat, kilang dan ruang komersial. Tiub T5 lebih halus pada 16mm, biasanya digunakan untuk cove lighting, kabinet pameran dan lampu bawah kabinet. Kami ada kedua-duanya, pelbagai panjang dan kuasa.
Boleh guna tiub LED dengan kelengkapan kalimantang sedia ada?
Boleh, tetapi bergantung pada kelengkapan anda. Tiub LED T8 ada dua jenis: jenis yang serasi dengan ballast sedia ada, dan jenis bypass yang memerlukan pendawaian semula untuk membuang ballast. Kami cadangkan periksa kelengkapan anda dahulu, kemudian kami boleh nasihatkan yang mana sesuai. Datang ke kedai di Kepong atau WhatsApp kami.
Apa itu lampu jalur COB dan apa bezanya?
COB (Chip on Board) mempunyai kepadatan LED yang lebih tinggi setiap meter, jadi cahayanya keluar sebagai satu garisan berterusan tanpa nampak bintik. Lampu jalur LED standard akan nampak titik-titik LED satu persatu. COB sesuai untuk pemasangan terdedah, cove lighting dan mana-mana rekaan yang mahukan garisan cahaya yang kemas. Kami ada kedua-dua jenis.
Apa itu IP rating dan kenapa ia penting untuk lampu luar?
IP (Ingress Protection) menunjukkan sejauh mana sesuatu lampu terlindung daripada habuk dan air. Nombor pertama untuk objek pepejal seperti habuk, nombor kedua untuk cecair. IP65 kalis habuk dan tahan pancutan air, memadai untuk kebanyakan kegunaan luar. IP67 menambah perlindungan terhadap rendaman sementara. Untuk lampu flood luar dan lampu taman, kami cadangkan sekurang-kurangnya IP65.
Cara pilih lampu yang betul
Beli lampu LED online lagi murah?
Selalunya tidak, bila dikira semua sekali. Harga online yang murah biasanya belum termasuk kos penghantaran, dan kos hantar satu dua biji mentol boleh jadi lebih mahal daripada mentol itu sendiri. Beli di showroom Kepong kami, tiada kos penghantaran langsung dan boleh ambil hari itu juga. Kalau rosak, tukar satu ke satu terus di kaunter tanpa perlu pos balik dan tunggu. Untuk pesanan pukal dan projek, harga kami susah nak dilawan bila kos hantar dan waranti diambil kira.
Apa beza warm white, cool white dan daylight?
Warm white (2700K hingga 3000K) memberi cahaya kekuningan yang selesa, sesuai untuk ruang tamu dan bilik tidur. Cool white (4000K) neutral dan terang, elok untuk dapur dan ruang kerja. Daylight (6500K) tajam dan kebiruan, paling sesuai untuk kerja halus, garaj dan kawasan komersial. Banyak lampu LED kami jenis tiga warna boleh tukar, jadi anda boleh pilih di kedai.
Warna lampu apa sesuai untuk bilik tidur?
Untuk bilik tidur kami cadangkan warm white (3000K), supaya suasana lebih selesa dan senang nak lelap. Untuk lampu baca sebelah katil, boleh pertimbangkan warm white yang boleh dim, atau lampu tiga warna yang boleh ditukar ke tetapan lebih terang bila perlu.
Warna lampu apa sesuai untuk dapur?
Dapur sesuai dengan cool white (4000K), cahaya neutral yang jelas supaya lebih senang dan selamat semasa menyediakan makanan. Ramai pemilik rumah suka downlight tiga warna, boleh tukar antara cahaya kuning dan putih ikut waktu.
Berapa banyak downlight satu bilik perlu?
Panduan umum, satu downlight setiap 1.5 hingga 2 meter. Ruang tamu biasa bersaiz 4m x 5m (20 meter persegi) lazimnya perlu 6 hingga 9 biji downlight 12W. Jumlah sebenar bergantung pada ketinggian siling, warna dinding dan tahap terang yang anda mahu. Datang ke kedai, kami boleh tolong susun letaknya. Ada juga jadual saiz bilik di kalkulator lux kami.
Projek dan kontraktor
Ada harga projek untuk kontraktor?
Ada. Kami beri harga projek yang kompetitif untuk kontraktor, pereka dalaman dan pemaju. WhatsApp kami di 011-37808218 dengan jenis produk, kuantiti dan jangka masa, kami akan balas dengan sebut harga. Harga projek terpakai untuk pesanan pukal semua kategori produk.
Anda buat kerja pemasangan?
Kami pembekal lampu dan tidak buat pemasangan sendiri. Tetapi kami bekerjasama dengan juruelektrik berpengalaman dan boleh rujukkan tukang yang boleh diharap. Semua produk stok sedia ada, jadi senang juruelektrik anda datang ambil.
Ada soalan lain?
WhatsApp paling cepat. Bagitahu apa yang anda cari, kami cadangkan yang sesuai.